word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Monday, September 30, 2019

1 Ramadan 2019

Salam,

1 Ramadan 2019 bersamaan 6 Mei 2019 satu peristiwa yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Mak yang aku cintai telah pulang ke negeri abadi kembali kepada penciptanya pada usia 58 tahun.

Aku tak tahu nak luahkan perasaan macam mana, harini baru aku ada kekuatan untuk tulis pasal ni. Pedih tak terkata hati aku bila teringatkan peristiwa tersebut. Dalam kegembiraan orang sambut Ramadan, kami sekeluarga berduka.

Semoga Allah kurnia kekuatan buat kami sekeluarga, dan ruh mak di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diperluaskan kuburnya, diterangi kuburnya, diringankan azab kubur keatasnya. semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa mak. Aku merayu kepada sesiap saje yang baca post aku ni yang beragama Islam untuk sedekahkan bacaan al- fatihah untuk mak aku.

aku belum ada kekuatan untuk cerita secara detail macam mana mak pergi. hati aku masih pedih biarpun dah hampir 5 bulan mak pergi. mak pergi 6 bulan selepas ma pergi. aku masih tak boleh move on atas kedua kehilangan ni. tolong doakan aku untuk kuat jugak korang. thanks

Tuesday, January 22, 2019

Keperluan Breastfeeding Mommy yang bekerja


Assalamulaikum,

Since ramai yang tanya ummi pasal breastfeeding , jadi kali ni ummi nak share sikit pasal brestfeeding. Alhamdulillah Aydin Eusuff dah masuk setahun 2 bulan dan dia masih fully breastfed.

Pertama sekali bila pregnant, ummi nasihatkan untuk cari ilmu, cari ilmu tentang penyusuan susu ibu sebanyak-banyaknya. ummi belajar dari pengalaman, masa zaman amra, ummi ingat ummi dah cukup ilmu dah, ummi excited nak fully bf kakak, ummi fikir pasal breast pump, storage bottle, cooler bag. tapi ummi lupa nak study macam mana nak berjaya breastfed sampai 2 tahun. Akhirnya ummi kecundang bila kakak usia setahun. ummi redha, mungkin rezeki kakak cuma setakat itu.

bila ummi pregnant lagi ummi nekad untuk belajar betul-betul, ummi follow group-group berkaitan breastfeeding.ok jom kita tengok apa keperluan breast feeding terutama untuk ibu yang bekerja macam ummi.

1. mesti tetapkan mind set nak breastfeed baby inshaAllah sampai 2 tahun. 

yang ni penting sebab ramai yang kecundang bila banyak sangat "nasihat-nasihat" yang tak bertauliah daripada orang sekeliling, orang-orang sekeliling termasuk family. buat pekak je bila orang cakap apa-apa pasal bf. bila berpantang dengan family lagi lah di punya dugaan kuat. anak nangis sikit tak cukup susu lah, anak tak kenyang lah, susu ibu tak khasiat lah. no.no. no jangan ambik hati. buat pekak je. lama-lama diamlah mereka. paling penting masa preggy tu ajak husband belajar sekali, supaya ada support system yang kuat.

2. breastpump

pemilihan breastpump sangat penting untuk ibu yang bekerja. sama ada nak yang single pump, double pump, manual? ini ikut keperluan, jadual kerja. harga bermacam-macam ada dipasaran, nak mahal, nak murah semua ada. cuma breastpump ni kena pandai pilih supaya sesuai dengan nipple kita. next time ummi share lagi macam mana nak pilih yang sesuai dengan nipple kita.

ummi guna Cimilre F1 macam kat bawah ni, double pumping. inshaAllah lain kali ummi review ye. 



3. Thermal bag

Thermal bag juga penting untuk kegunaan ketika waktu bekerja, bermacam jenis jugak dipasaran, ada yang bag pack, ada yang galas tepi. personally ummi suka yang galas belakang dan siap ada ruang nak letak barang belah atas manakala bahagian bawah boleh letak ice pack dan susu.

ummi guna macam dalam gambar kat bawah ni, tapi brand lain la. ummi suka guna yang macam ni sebab bahagian bawah boleh tanggal, incase nak basuh senang. tak payah basuh the whole bag. kalau nak beli beg macam ni boleh tengok kat sini. click link ni.


4. Storage bag / storage bottle.

Storage beg atau storage bottle mana-mana pun boleh, tapi dedua ada pro and cons dia. Kalau kita memang ada deep freezer khas sebenarnya lagi mudah guna storage bottle, sebabnya bila nak guna terus je thaw, paanskan dan letak puting . tak perlu nak transfer dalam botol lagi dah. pemilihan botol pun boleh terus pilih yang jenis wide neck atau slim neck bergantung pada jenis puting yang kita nak bagi pada baby nanti.

tapi kalau kita tak ada ruang yang besar so kita guna je storage bag. so bila nak simpan tu kita boleh leperkan dia, susun macam buku tu dalam bakul mengikut batch. nanti senang nak tengok expired date dia.

5. Ice pack / Ice brick

Ice pack ni penting untuk pastikan suhu susu masih within recommended range sepanjang kita bekerja sehingga nak transfer ke chiller nanti. personally ummi suka guna ice apck gabag, sebab dia boleh tahan lama up to 12 jam (gabag kata 16 jam, tapi dengan keadaan cuaca kawan ummi cuma best sampai 12 jam je ).  nak guna ice brick pun takde masalah , cuma tahap sejuk dia cepat berhenti. selain tu ice pack Natural moms pun ramai yang review kata best.


6. Nursing cover 

bagi ummi nursing cover ni snagat penting sebab kita kan guna bila nak outing (personally baby bawah setahun je yang nak duduk dalam ni, lepas setahun dia dah pandai selak .hehe). dan untuk guna masa pam dekat office, so tak perlu nak cari tempat khas untuk pam. just pam di work station saje. jimat masa dan bos tak tercari-cari kalau asyik hilang p pam. nurisng cover boleh cari kat sini. click je link ni


7. Collection cup

Collection cup ni sangat lah best sebab tak perlu nak pegang botol yang macam hon tu. hehe. selit saje dalam bra dah settle. sambil tu siap boleh buat kerja lagi tau. bestkan. ummi pakai freemie cup. brand lain pun banyak dah sekarang macam youha, freedom dan lain-lain.

itu saje perkongsian ummi setakat ni, harap membantu kalian. semoga lain kali ummi rajin lagi nak tulis. hehe


love,
ummi.

Friday, December 28, 2018

Jatuh Bangun 2018

Assalamualaikum,

Hari ni Jumaat terakhir untuk 2018, alhamdulillah berjaya lalui dengan jayanya walaupun terlalu banyak dugaan. definitely year 2018 is not our year. bukan bersungut, tapi ummi coretkan sebagai kenangan di masa akan datang.

awal tahun bulan February, baru masuk kerja dari maternity leaves, aydin eusuff di usia 2 bulan warded 4 hari sebab batuk-batuk yang teruk sampai susah nak bernafas. ummi serba salah nak cuti lagi, kerja terlampau banyak baru naik cuti, tapi terpaksa cuti lagi. tapi what to do, ummi kerja untuk keselesaan keluarga kita, bukan untuk abaikan tanggungjawab. Alhamdulillah mak dengan tuk banyak tolong kita, datang jaga kakak.

masuk March ummi pulak on off demam, diarrhea, UTI, sampai Ogos keadaan macam ni. dari bulan May ummi start sakit ulu hati yang ummi ingatkan gastrik tu. hampir setiap bulan akan ada ambik MC, sampailah quota MC ummi pun dah habis.

September ummi start sakit teruk, dan masa ni la baru tahu ummi ada gallstone. bulan september jugak tok ma sakit masuk wad. public holiday september yang ummi rancang nak potty train kakak habis macam tu je. sampai sekarang kakak tak pass lagi potty train. haha.

bulan oktober tok ma pergi tinggalkan kita, dugaan yang besar buat keluarga kita. masa ni ummi baru sedar, suami, anak-anak, mak ayah, keluarga adalah pinjaman semata-mata. bila masa sampai Allah nak ambik, Dia akan ambik. ummi belajar untuk redha dengan ujian Allah. hargailah semua orang disekeliling kita sebelum kita menyesal. huhu

november, ummi sakit makin kuat, alhamdulillah 12/11/2018 ummi berjaya jalani laparoscopic cholecystectomy.

december ingatkan dah sihat sepenuhnya, tapi still tak sihat, haha. ummi diarrhea lagi, tengah tulis ni pun sakit perut oi. sabor jela. alhamdulillah jugak abi dapat panggilan untuk tunaikan umrah 2019, ummi gembira pada masa yang sama sedih jugak, sebab ummi yang beria nak pegi tapi belum ada rezeki. haha. takpe la inshaAllah next time ada rezeki ummi dan anak-anak pulak.


apa-apa pun alhamdulillah thuma alhamdulillah untuk semua atas izinNya.

pray for better 2019.inshaAllah.



Tuesday, December 4, 2018

Batu karang dalam hempedu (gallstone)

Assalamualaikum,

Just nak share 12 november 2018 baru ni ummi selamat menjalani pembedahan buang hempedu laparoscopic cholecystectomy. Dalam pundi hempedu ummi ada batu karang. Alhamdulillah semua pembedahan berjalan lancar, terima kasih pada pakar bedah, pakar bius, nurses, OT team, Day care ward HSNZ, tak lupa pada mr husband yang teman dan menghadap semua kerenah ummi sepanjang sakit , mak dan abah yang sanggup datang jauh ke Seremban masa ummi sakit, tolong jaga Amra dengan Eusuff, ngah yang tolong dapatkan tarikh appointment dan juga bagi tumpang kat rumah . terima kasih semua.


ok back to story, sebenarnya start sakit macam heart burn dari bulan puasa lagi lebih kurang bulan Mei macam tu, biasa sakit start masa sahur atau tengah malam. masa tu ingatkan gastric sebab ummi memang ada sejarah gastric. so ummi just ambik gaviscon untuk legakan, biasa up to 5 hours baru akan lega. masa ni sakit datang lebih kurang sebulan 2 kali. ummi tahan lagi.

makin lama makin kerap, kadang sampai 2 kali seminggu. nak tido tak boleh, pernah menangis call abi suruh balik awal sebab tak tahan sakit, masa tu gaviscon dah habis. lepas ummi buat research sikit (google je padahal. haha). so kesimpulannya di nasihatkan jumpa doktor if sakit kerap kepada seminggu 2 kali.

jadi, ummi ada plan nak jumpa doktor, cuma tunggu abi free sikit sebab ummi risau kena scope. tapi tula tak sempat nak jumpa doktor ummi dah menggelupur masa kerja. haha

kejadiannya masa bulan 9 haritu, pagi tu ummi datang kerja macam biasa, tengah kerja dalam pukul 10 pagi tetiba ummi rasa sakit ulu hati sangat, cuba untuk tahan. tapi makin rasa sesak nafas. so ummi mintak tolong staff belikan gaviscon dekat farmasi. tapi ummi rasa macam tak tahan sesak nafas sangat, dada rasa berat, bahu kanan sampai lengan sakit sangat2.

so ummi terus ke emergency department, sampai sana terus cakap sesak nafas. masa ni dalam kepala fikir sakit jantung ke aku ni, cuak dah.haha

doktor suspek gastritis, so dia bagi controloc, but still sakit yang tak boleh tahan, so ummi request pain killer. lepas dapat pain killer ummi macam lalok kejap . so ummi mintak abi datang jemput sebab kereta ummi kena blok kat parking. ummi geram ayat doktor masa ni. boleh dia cakap " eh dietitian pun kena gastric ke ?" OMG dietitian pun manusia ok!

esok harinya ummi plan nak EL je sebab tak larat sangat, sakit ada sikit2 lagi. so ummi stay sorang kat rumah, tapi pukul 11 pagi tu ummi sakit lagi tak tahan sangat dah. so abi balik ambik ummi bawak ke hospital. masa ni ummi dah ada idea yang ummi mungkin ada gallstone hasil bacaan kat google. so ummi request untuk di scan.

yes, betul tekaan ummi, confirm ummi ada multiple gallstone, banyak dan berpasir. doktor suggest untuk buang saje hempedu. tapi ummi mintak balik dulu sebab amra dengan eusuff sape nak jagakan. Amhamdulillah mak dengan abah willing utk datang dan jaga. ummi warded 4 hari , tapi tak jadi buat op sebab hal-hal tertentu plus masa tu mak dengan abah dah nak pegi umrah.

so ummi pilih 12/11/ 2018 untuk buat op dekat Terengganu senang nak mintak tolong dengan family.

dan inilah culprit nya.


Hasil op , ada 6 biji gallstone yang size macam lada hitam, yang lain halus2 melekat pada gall bladder. ada minimal adhesion to liver dah, dan gall bladder tu dah makin panjang. yang buat rasa sakit sangat tu bila stone tu keluar dari hempedu yang buat ummi menggelupur, jaundice. pengalaman sungguh melalui ct scan, MRI. next time  ummi cerita pasal op  pulak la. (kalau rajin . hehe )



sekian.

Saturday, November 3, 2018

Tok ma dalam kenangan


 Assalamualaikum ,

Post ni tribute tok ma untuk anak-anak ummi, kakak amra, eusuff dan adik-adik (inshaAllah). Allah telah menjemput tok ma pulang pada 25 Oktober 2018 pada pukul 7.10 malam. tok ma pergi semasa berada di hospital sultanah nur zahirah, kuala terengganu sebab darah beku di otak.

ummi dengan abi tak sempat jumpa tok ma buat kali terakhir, last kita balik kampung sebulan yang lepas masa ummi ada appointment di HSNZ.

minggu ni sudah seminggu tok ma tinggalkan kita semua, jujur ummi cakap ummi juga turut rasa kehilangan tok ma.waalupun tak lama ummi kenal tok ma dalam 5 tahun je, tapi ummi anggap tok ma macam mak ummi sendiri jugak.

tok ma baik, kadang ummi rasa ummi bukan menantu yang baik, yela balik jarang-jarang. selalu bila balik pun, ummi tak banyak pun habis masa berborak dengan tok ma.

ummi harapkan sesiapa saja yang baca post ni boleh sedekahkan al fatihah untuk tok ma. semoga roh tokma ditempatkan dalam kalangan oarang yang beriman.


gambar bawah ni masa ummi dengan abi bertunang tahun 2014. ummi baru realize ummi tak ada banyak gambar-gambar org yang ummi sayang. lepas ni kena banyak simpan. sebab itu je yang ada kenangan nanti.  (* tapi kalau selalu ambik gamabr abi kata mangek 😜😝)






lol ~
Ummi